Carian Blog

Wednesday, July 28, 2010

Sungai di dalam laut: Bukti keajaiban Kitab Allah, Al-Quran.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Ketika saya menelaah beberapa website di dalam dunia internet ini, saya terjumpa satu artikel mengenai penemuan yang menakjubkan di sebuah gua, Cenote Angelita, di dalam laut Mexico oleh seorang jurufoto dasar laut dan juga penyelam bernama Anatoly Beloshchin pada 24 March 2010. Penemuan ini telah menzahirkan apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran nur-Qarim.(penterjemahan seperti yang tertulis di atas)Kemudian minggu yang lepas adik saya telah menunjukkan pada saya melalui youtube mengenai pertemuan tersebut dan saya amat terpesona dan kagum kerana bukan sahaja ianya adalah bukti kekuasaan Allah tetapi juga membuatkan saya terdiam seketika kerana setelah beribu tahun Al-Quran diturunkan, bukti yang selama ini dinafikan oleh mereka yang digelar al-Kafirun ini telah terpapar di dada dunia.

Di dalam catatannya, Anatoly Beloshchin telah menulis “We are 30 meters deep, fresh water, then 60 meters deep – salty water and under me I see a river, island and fallen leaves… Actually, the river, which you can see, is a layer of hydrogen sulphide.” Apa yang dinyatakan oleh penyelam a.k.a jurufoto bawah laut a.k.a jurufoto exotic ini telah membuktikan akan kesahihan ayat suci Al-Quran di-atas. Walaubagaimana pun di bahagian komen web page ini, terdapat beberapa individu telah mempersoalkan penemuan ini, antaranya:

isbister says:
April 19, 2010 at 8:29 pm
"I think one of the pictures shows the guy entering the hydrogen sulphide river??? H2S can affect you just on skin contact, you do not want to swim around in it (it can enter a variety of other ways as well and is comparable to hydrogen cyanide in its ability to affect nervous system function). It’s classified MSDS as level 4, aka Severe Hazard, on both health and flammability.

I dont know what you were thinking but next time don’t do that, please. The pictures are great but wading in H2S is a dumb@#$ move".

Juga terdapat beberapa komen yang saya rasa tidak perlu dinyatakan di sini kerana isu kesensivitian rakyat Malaysia. Pokoknya, golongan-golongan al kafirun ini sememangnya tidak duduk senang dengan penemuan ini. Dan baru-baru ini, ketika saya cuba untuk melayari laman web Beloshchin, laman web ini telah ditutup untuk penyelenggaran. Uniknya, penyelenggaran ini telah berlaku lebih daripada seminggu. Adakah ini salah satu kesan penemuan beliau?

Wednesday, July 14, 2010

Logo & Amblem OLDIES pasukan bolasepak pujaan anda.

Assalamualaikum wbt. Berjumpa lagi kita. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang saya dapat ketika melayari laman-laman internet pagi tadi. Mesti ramai peminat-peminat bola seperti saya akan berminat dengan laman web nie. www.uefaclub.com. Yang menarik minat saya ialah koleksi logo-logo oldies kelab terkemuka eropah. Berikut adalah sebahagian logo-logo oldies yang saya temui:

1. LIVERPOOL la of course..hehehehehe












2. Manchester United

























3. Chelsea




4. Arsenal























5. Barcelona









































6. Real Madrid



































Dan beberapa lagi yang mungkin kita semua tak pernah tengok.. Untuk logo-logo pasukan lain sila layari laman web yang saya nyatakan di atas. Sekian.
">


WAKA-WAKA DICIPLAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Piala Dunia telah berlalu namun kesannya masih belum hilang. Sudah tentunya anda sedia maklum tentang lagu tema Piala Dunia 2010, nyanyian penyanyi Shakira iaitu 'waka waka', kan? Tapi daripada apa yang saya dapat daripada laman web wikipedia, sebenarnya lagu ini bukanlah lagu yang baru tetapi telah kononnya telah diciplak daripada sebuah lagu yang berjudul Zangalewa yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan muzik makkosa dari Cameroon yang menggelarkan diri mereka sebagai Golden Sound



So kepada pembaca-pembaca sekalian.anda nilailah sendiri. Akibat nya Sony Music terpaksa membayar ganti rugi kepada kumpulan Golden Sound. Jumlah?..tak diketahui. Selamat Berkongsi.

Friday, July 9, 2010

Paul Si Octopus...Keajaiban ciptaan Allah atau sekadar kebetulan?

Sotong oh sotong.. Itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan oleh penyokong-penyokong bolasepak di Piala Dunia kali ini, terutamanya penyokong Jerman selepas mereka tersingkir di tangan Sepanyol di peringkat separuh akhir. Paul si kurita hanyalah seekor sotong yang biasa namun telah memberi impak yang besar kepada arena bolasepak antarabangsa terutamanya di pentas Piala Dunia kali ini dengan skil penaakulan atau ramalannya. Ingin diingatkan penulisan ini bukan lah menggalakkan orang Islam untuk mempercayainya tetapi sekadar ingin berkongsi pendapat dan maklumat yang saya perolehi tentang sotong ini. Sebelum ada sesiapa yang ingin mengatakan ia khurafat atau sebagainya, saya ingin mengajukan satu soalan, adakah mempercayai sesuatu yang luar biasa itu sebagai ciptaan Allah, sebagai tanda atau bukti kekuasaan Allah itu adalah khurafat?..kalau tidak, maka itulah tujuan penulisan ini dibuat.

PENGENALAN

Paul si sotong kurita atau Paul Oktopus (di'lahirkan' pada 2008) adalah sotong kurita biasa yang hidup di dalam sebuah tangki di Sea Life Centre, juga merupakan satu tarikan komersial di Oberhausen, Jerman. Paul telah digunakan sebagai satu petunjuk dalam meramalkan keputusan perlawanan-perlawanan antarabangsa yang biasanya melibatkan pasukan Jerman. Paul dilaporkan telah membuat beberapa ramalan yang secara kebetulannya betul dalam beberapa perlawanan yang melibatkan Jerman dalam Kejohanan EURO 2008 dan juga dalam beberapa perlawanan di Kejohanan Piala Dunia 2010. Paul juga turut meramalkan kemenangan kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia pada 11 Julai ini. Dengan Jerman memenangi perlawanan tempat ketiga ke atas Uruguay pada 10 Julai 2010 dan kejayaan Sepanyol memenangi Piala Dunia, kadar kejayaan Paul naik kepada 85%. (12 daripada 14 perlawanan betul diramal)

Paul ditetaskan daripada sebiji telur di Sea Life Centre di Weymouth, England, kemudiannya dipindahkan ke sebuah tangki di Oberhausen, Jerman. Nama Paul telah diambil daripada gelaran sebuah sajak oleh penulis kanak-kanak Jerman, Boy Lornsen: Der Tintenfisch Paul Oktopus. Menurut karyawan hiburan Kehidupan Laut, Daniel Fey, Paul telah menunjukkan tahap kepintaran yang tinggi pada peringkat awal hidupnya:

"Terdapat sesuatu tentang cara dia melihat pelawat-pelawat kita apabila mereka datang menghampiri tangki. Ia sungguh luar biasa, jadi kami cuba untuk mengetahui apa bakat-bakat khas yang ia ada."

KAEDAH RAMALAN

Paul diberikan dua kotak plastik lutsinar, setiap satu mengandungi makanan: seekor kepah atau seekor tiram. Setiap bekas ditanda dengan bendera Jerman, dan satu lagi ditanda dengan bendera pihak lawan. Kotak yang pertama dibuka oleh Paul (dan memakan kandungannya) akan menjadi ramalan negara mana yang menjadi pemenang. Paul telah digunakan sebagai satu petunjuk ramalan semasa euro UEFA 2008, apabila ia dengan betul "meramalkan" 4 daripada 6 perlawanan-perlawanan Jerman, tetapi gagal meramalkan kekalahan mereka kepada Croatia dalam peringkat kumpulan dan kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir kejohanan. Pilihan tepat Paul untuk 2010 Piala Dunia, telah disiarkan secara langsung oleh saluran berita Jerman NTV, dan telah memberikan Paul status seperti seorang selebriti.

KRITIKAN DAN PENJELASAN

Shelagh Malham daripada Bangor University menyatakan bahawa spesies octopus vulgaris dapat membezakan kecerahan, dan adalah tertarik kepada bentuk-bentuk mengufuk. Bagaimanapun, menurut Janet Voight daripada Field Museum Sejarah Semula Jadi di Chicago, tiada bukti yang sotong mempunyai penglihatan warna.

Sotong kurita vulgaris dilengkapi dengan sel-sel reseptor perasa sensitif, dan ahli biologi Volker Miske daripada University Greifswald, mencadangkan perbezaan kimia kecil pada permukaan setiap kotak mungkin mempengaruhi keputusan Paul. Profesor Chris Budd daripada University Bath dan Professor David Spiegelharter daripada Cambridge University menganggap keupayaan ketara Paul meramalkan keputusan pasukan adalah lebih kepada nasib, seperti meramalkan lambungan duit syiling.

Organisasi hak-hak asasi haiwan PETA mengulas sotong merupakan beberapa invertebrat paling pintar, dengan proses-proses pemikiran kompleks, dan ingatan jangka pendek, serta personaliti-personaliti lain. Ia boleh menggunakan alat-alat, belajar melalui pemerhatian, dan sangat sensitif kepada kesakitan. Mereka berkata adalah kejam bagi Paul terus berada dalam pengurungan. Sea Life Centres mengatakan sebaliknya yang ia akan membahayakan Paul jika dibebaskan, kerana ia dilahirkan di dalam kurungan dan tidak dibiasakan untuk mencari makanan sendiri.

PENGARUH PAUL

Paul telah meramalkan keputusan pasukan Jerman dengan betul dalam 6 perlawanan setakat ini menentang Australia, Serbia, Ghana, England, Argentina, dan Sepanyol. Ramalannya yang Argentina akan kalah telah membangkitkan kemarahan ketua tukang masak pasukan Argentina Nicolas Bedorrou yang telah menyiarkan resipi Octopus dalam Facebook beliau.

"Sering terdapat rakyat yang mahu makan sotong kurita kita tetapi dia tidak malu dan kami akan melindungnya juga. Dia akan terus hidup".-Oliver Walenciak (Penjaga Paul)

Paul telah meramalkan Jerman sebagai pemenang perlawanan akhir EURO 2008 tetapi Sepanyol telah memenangi perlawanan tersebut. Ramalan tersebut telah membawa Paul kepada ancaman bunuh daripada peminat-peminat Jerman dan meminta Paul supaya dimasak dan dimakan. Sebagai respons, Perdana Menteri Sepanyol Jose Zapatero secara bergurau menawarkan perlindungan rasmi negara kepada Paul, dan Menteri Industri Miguel Sebastian meminta Paul diberi perlindungan yang selamat di Sepanyol.

Berikut adalah keputusan melibatkan ramalan Paul dan Jerman
EURO 2008
vs Poland per. kump-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 2-0 [BETUL]
vs Croatia per. kump-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 1-2 [SALAH]
vs Austria per. kump-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 1-0 [BETUL]
vs Portugal suku akhir-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 3-2 [BETUL]
vs Turki separuh akhir-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 3-2 [BETUL]
vs Sepanyol akhir-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 0-1 [SALAH]


PIALA DUNIA 2010
vs Australia per kump-Ramalan Paul:Jerman; Keputusan 4-0 [BETUL]
vs Serbia per kump- Ramalan Paul:Serbia; Keputusan 0-1 [BETUL]
vs Ghana per kump-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 1-0 [BETUL]
vs England pusingan 16-Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 4-1 [BETUL]
vs Argentina suku akhir-Ramalan Paul:Jerman; Keputusan 4-0 [BETUL]
vs Sepanyol separuh akhir-Ramalan Paul: Sepanyol; Keputusan 0-1 [BETUL]


vs Uruguay tempat 3/4 Ramalan Paul: Jerman; Keputusan 3-2 [BETUL]

Keputusan ramalan Paul yang tidak membabitkan Jerman
Belanda vs Sepanyol Piala Dunia 2010 akhir Ramalan Paul: Sepanyol; Keputusan 0-1 [BETUL]





Walau apapun tanggapan kita, kita harus sedar bahawa tidak arif lah bagi kita sebagai umat Islam mempercayai akan kebolehan sotong ini. Dari segi saintifik mahupun dari segi rohaniah, logik akal atau logik subjektif, perkara seperti ini berlaku atas ketentuan Allah swt. Usah percayakan Paul tetapi percayalah akan kuasa-Nya. Assalamualaikum.

Fakta Piala Dunia 2010


Akhirnya Piala Dunia 2010 telah pun melabuhkan tirainya semalam setelah Sepanyol dinobatkan selaku Juara Dunia. Seperti mana berakhirnya sesuatu perkara, maka Piala Dunia ni pun mestilah ada kesimpulannya. Beberapa fakta menarik mengenai Piala Dunia 2010 yang lepas ini. Sebagaimana yang semua maklum, ia merupakan penganjuran kali ke 19. Afrika Selatan terpilih selepas mengalahkan 2 lagi pembida lain iaitu Mesir dan Maghribi serta pembida bersama Libya dan Tunisia yang mana pembidaan mereka kemudiannya di tolak untuk proses pengundian. Melibatkan seramai 736 pemain daripada 32 negara bertanding. Piala Dunia kali ini juga lebih popular dikatakan sebagai pertama di antara yang pertama kerana bukan sahaja ianya adalah yang pertama kali diadakan di benua Afrika tapi juga adalah yang pertama kali diadakan di luar Eropah yang menobatkan negara pertama daripada Eropah di pentas final yang tidak pernah menjulang Piala Dunia. Pentas akhir ini juga adalah yang pertama buat Sepanyol.


Kos keseluruhan bagi penganjuran kali ini dikatakan melebihi US$ 1 bilion. Jumlah hadiah wang tunai untuk pertandingan kali ini pula adalah mencecah US$420 juta (termasuk US$ 40 juta yang dibayar kepada kelab-kelab domestik yang pemainnya terlibat dalam Piala Dunia edisi kali ini bertujuan sebagai 'insurans' kepada pasukan) Berikut adalah pembahagian hadiah wang tunai pertandingan kali ini:
a) bagi setiap 32 pasukan yang layak akan menerima US$ 1 juta sebagai kos persediaan.
b) bagi pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan akan menerima US$ 8 juta.
c) bagi pasukan yang tersingkir di pusingan akan menerima US$ 9 juta
d) bagi pasukan yang tersingkir di suku akhir akan menerima US$ 14 juta
e) bagi pasukan yang menduduki tempat ke 4 akan menerima US$ 18 juta
f) bagi pasukan yang menduduki tempat ke 3 akan menerima US$ 20 juta
g) bagi Naib Juara pula akan menerima US$ 24 juta, dan
h) bagi Juara akan menerima US$ 30 juta...wow!!!!



REKOD PENGLIBATAN



-Daripada 732 pemain, hanya lima liga elit eropah yang melibatkan ramai pemain, England (117), Jerman (84), Italy (80), Sepanyol (59) dan Perancis (46).
-Manakala Nigeria merupakan satu-satunya negara yang tidak melibatkan pemain liga domestik.
-Hanya England, Italy dan Jerman sahaja yang melibatkan sepenunhya pemain daripada liga domestik mereka sendiri.
-Dari segi penglibatan kelab pula, Barcelona merupakan kelab yang paling ramai pemain di Piala Dunia kali ini iaitu saramai 13 orang.

REKOD PENCAPAIAN


-Pertama kali dalam Piala Dunia, pasukan tuan rumah tidak melepasi peringkat awal kumpulan. -Manakala Juara bertahan Itali menamatkan aksi di peringkat kumpulan mengulangi senario Perancis pada kempen 2002.
-Hanya enam pasukan daripada UEFA layak ke pusingan kalah mati, rekod paling buruk dalam format 32 pasukan.
-Pasukan-pasukan dari Amerika Selatan sekali lagi membuktikan kehebatan dalam pusingan kalah mati, dengan empat pasukan layak ke suku akhir, jumlah terbesar sejak 1930. (tapi juara Sepanyol gak)
-Kekalahan England 4-1 di tangan Jerman merupakan rekod kekalahan paling buruk bagi England di pentas Pusingan Akhir Piala Dunia.
-Ghana mengalahkan Amerika Syarikat untuk menjadi pasukan Afrika ketiga untuk layak ke pusingan suku akhir.(selepas Cameroon pada 1990 dan Senegal pada 2002)
-Paraguay dan Ghana layak ke suku akhir buat kali pertama

KEKALUTAN CETUSAN PENGADIL


Pusingan akhir kali ini turut diwarnai dengan beberapa keputusan kontroversi daripada pengadil-pengadil, antaranya:
-Jaringan oleh Frank Lampard telah dinafikan pengadil ketika perlawanan menentang Jerman walaupun dilihat melepasi garisan gol dalam aksi ulang tayang.
-Jaringan oleh penyerang Argentina Carlos Tevez dikira oleh pengadil walaupun berada dalam keadaan ofsaid ketika perlawanan menetang Mexico.



MILESTONE PASUKAN


-Belanda layak ke akhir untuk kali ketiga dengan kemenangan 3-2 ke atas Uruguay. Manakala Sepanyol layak ke perlawanan akhir pertamanya dengan kemenangan 1-0 ke atas Jerman.
-Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Piala Dunia dua pasukan berlainan daripada benua yang sama telah memenangi Piala Dunia berturut-turut (Itali telah memenangi edisi 2006). Ia juga akan menjadikan pasukan dari benua Eropah pertama memenangi edisi Piala Dunia yang diadakan di luar Eropah.
-menobatkan juara kali pertama, sejak Perancis dalam edisi 1998
-juara pertama tanpa kelebihan sebagai tuan rumah sejak Brazil pada edisi 1958.
-Perlawanan akhir pertama melibatkan 2 pasukan yang belum pernah menjadi juara sejak 1978 (Argentina v. Belanda)
-Perlawanan akhir pertama tanpa kelibat Brazil, Itali, Jerman atau Argentina.
-Belanda dan Sepanyol ialah satu-satunya pasukan yang memenangi ke semua perlawanan peringkat kelayakan zon Eropah, dengan Belanda juga memenangi kesemua perlawanan dalam pusingan akhir ini sehingga ke pelawanan akhir sebelum ditewaskan oleh Sepanyol.

REKOD JARINGAN DAN DISIPLIN


-Pemain sayap Afrika Selatan Siphiwe Tshabalala ialah penjaring gol pertama dalam kejohanan ini, ketika bertemu Mexico yang berkesudahan seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan.
-Pemain pertahanan Denmark Daniel Agger telah menjaringkan gol sendiri pertama dalam kejohanan ini, ketika pasukannya tewas 0-2 kepada Belanda.
-Penyerang Argentina Gonzalo Higuain ialah pemain pertama menjaringkan hatrik dalam kejohanan ini, ketika Argentina menewaskan Korea Selatan 4-1. Ia adalah hatrik Piala Dunia yang ke-49 dalam sejarah pertandingan.
-Penjaring terbanyak kejohanan disandang oleh Patrick Mueller dari Jerman walaupun jumlah jaringan yang sama dengan David Villa dari Sepanyol, Wesley Sneijder dari Belanda dan Diego Forlan dari Uruguay, setelah jumlah 'assist' diambil kira.

-Dua puluh tujuh pemain telah digantung setakat ini selepas ditunjukkan dua kad kuning berturut-turut (dua belas pemain), dilayangkan terus kad merah (lapan pemain), atau dilayangkan satu kad kuning diikuti kad merah (tujuh pemain).

Friday, July 2, 2010

Kenapa Brazil Kalah?

Akhirnya Brazil, pasukan pujaanku sejak Piala Dunia 1994 telah tersungkur di Edisi Piala Dunia kali ini. Kekalahan di tangan Belanda sudah cukup untuk membuktikan bahawa bukan rezeki Brazil kali ini untuk menjulang Piala Dunia kali yang ke 19 ini. Beberapa sebab telah dapat saya rungkaikan kenapa Brazil boleh kalah.
Pertama, nasib. Nasib tidak menyebelahi Brazil kerana telah mengurniakan gol penyamaan kepada Belanda hasil kesilapan penjaga gol, Julio Cesar. Kemudian Brazil terpaksa bermain dengan 10 orang kerana layangan kad merah kepada Felipe Melo. Memang patut pun disebabkan kekasaran yang dilakukan. Tetapi pada yang sama, Belanda pun mendapat layanan istimewa daripada pengadil kerana memandang sebelah mata lakonan Robben dan juga kekasaran yang berulang kali dilakukan oleh Van Bommel.
Kedua, adalah salah strategi, apabila sedang ketinggalan 1-2, dan bermain dengan 10 orang, Dunga telah mengeluarkan Luis Fabiano dan memasukkan Nilmar sedangkan Brazil amat memerlukan sentuhan Luis Fabiano. Mungkin sepatutnya dia menambahkan bilangan pemain tengah ataupun serangan.Selepas kekalahan Brazil di tangan Belanda, maka Belanda sudah tiada alasan lagi untuk menjadi juara kali ini. Ini adalah pendapat saya selepas melihat aksi perlawanan tadi. Mungkin bukan tuah Brazil kerana edisi seterusnya bakal diadakan di Brazil pada 2014. Pendapat saya ini adalah semata2 atas pendapat sahaja. Bukan nak tunjuk pandai atau bagus..sekadar luahan hati yang kecewa.hahahah.