Carian Blog

Friday, July 9, 2010

Fakta Piala Dunia 2010


Akhirnya Piala Dunia 2010 telah pun melabuhkan tirainya semalam setelah Sepanyol dinobatkan selaku Juara Dunia. Seperti mana berakhirnya sesuatu perkara, maka Piala Dunia ni pun mestilah ada kesimpulannya. Beberapa fakta menarik mengenai Piala Dunia 2010 yang lepas ini. Sebagaimana yang semua maklum, ia merupakan penganjuran kali ke 19. Afrika Selatan terpilih selepas mengalahkan 2 lagi pembida lain iaitu Mesir dan Maghribi serta pembida bersama Libya dan Tunisia yang mana pembidaan mereka kemudiannya di tolak untuk proses pengundian. Melibatkan seramai 736 pemain daripada 32 negara bertanding. Piala Dunia kali ini juga lebih popular dikatakan sebagai pertama di antara yang pertama kerana bukan sahaja ianya adalah yang pertama kali diadakan di benua Afrika tapi juga adalah yang pertama kali diadakan di luar Eropah yang menobatkan negara pertama daripada Eropah di pentas final yang tidak pernah menjulang Piala Dunia. Pentas akhir ini juga adalah yang pertama buat Sepanyol.


Kos keseluruhan bagi penganjuran kali ini dikatakan melebihi US$ 1 bilion. Jumlah hadiah wang tunai untuk pertandingan kali ini pula adalah mencecah US$420 juta (termasuk US$ 40 juta yang dibayar kepada kelab-kelab domestik yang pemainnya terlibat dalam Piala Dunia edisi kali ini bertujuan sebagai 'insurans' kepada pasukan) Berikut adalah pembahagian hadiah wang tunai pertandingan kali ini:
a) bagi setiap 32 pasukan yang layak akan menerima US$ 1 juta sebagai kos persediaan.
b) bagi pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan akan menerima US$ 8 juta.
c) bagi pasukan yang tersingkir di pusingan akan menerima US$ 9 juta
d) bagi pasukan yang tersingkir di suku akhir akan menerima US$ 14 juta
e) bagi pasukan yang menduduki tempat ke 4 akan menerima US$ 18 juta
f) bagi pasukan yang menduduki tempat ke 3 akan menerima US$ 20 juta
g) bagi Naib Juara pula akan menerima US$ 24 juta, dan
h) bagi Juara akan menerima US$ 30 juta...wow!!!!



REKOD PENGLIBATAN



-Daripada 732 pemain, hanya lima liga elit eropah yang melibatkan ramai pemain, England (117), Jerman (84), Italy (80), Sepanyol (59) dan Perancis (46).
-Manakala Nigeria merupakan satu-satunya negara yang tidak melibatkan pemain liga domestik.
-Hanya England, Italy dan Jerman sahaja yang melibatkan sepenunhya pemain daripada liga domestik mereka sendiri.
-Dari segi penglibatan kelab pula, Barcelona merupakan kelab yang paling ramai pemain di Piala Dunia kali ini iaitu saramai 13 orang.

REKOD PENCAPAIAN


-Pertama kali dalam Piala Dunia, pasukan tuan rumah tidak melepasi peringkat awal kumpulan. -Manakala Juara bertahan Itali menamatkan aksi di peringkat kumpulan mengulangi senario Perancis pada kempen 2002.
-Hanya enam pasukan daripada UEFA layak ke pusingan kalah mati, rekod paling buruk dalam format 32 pasukan.
-Pasukan-pasukan dari Amerika Selatan sekali lagi membuktikan kehebatan dalam pusingan kalah mati, dengan empat pasukan layak ke suku akhir, jumlah terbesar sejak 1930. (tapi juara Sepanyol gak)
-Kekalahan England 4-1 di tangan Jerman merupakan rekod kekalahan paling buruk bagi England di pentas Pusingan Akhir Piala Dunia.
-Ghana mengalahkan Amerika Syarikat untuk menjadi pasukan Afrika ketiga untuk layak ke pusingan suku akhir.(selepas Cameroon pada 1990 dan Senegal pada 2002)
-Paraguay dan Ghana layak ke suku akhir buat kali pertama

KEKALUTAN CETUSAN PENGADIL


Pusingan akhir kali ini turut diwarnai dengan beberapa keputusan kontroversi daripada pengadil-pengadil, antaranya:
-Jaringan oleh Frank Lampard telah dinafikan pengadil ketika perlawanan menentang Jerman walaupun dilihat melepasi garisan gol dalam aksi ulang tayang.
-Jaringan oleh penyerang Argentina Carlos Tevez dikira oleh pengadil walaupun berada dalam keadaan ofsaid ketika perlawanan menetang Mexico.



MILESTONE PASUKAN


-Belanda layak ke akhir untuk kali ketiga dengan kemenangan 3-2 ke atas Uruguay. Manakala Sepanyol layak ke perlawanan akhir pertamanya dengan kemenangan 1-0 ke atas Jerman.
-Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Piala Dunia dua pasukan berlainan daripada benua yang sama telah memenangi Piala Dunia berturut-turut (Itali telah memenangi edisi 2006). Ia juga akan menjadikan pasukan dari benua Eropah pertama memenangi edisi Piala Dunia yang diadakan di luar Eropah.
-menobatkan juara kali pertama, sejak Perancis dalam edisi 1998
-juara pertama tanpa kelebihan sebagai tuan rumah sejak Brazil pada edisi 1958.
-Perlawanan akhir pertama melibatkan 2 pasukan yang belum pernah menjadi juara sejak 1978 (Argentina v. Belanda)
-Perlawanan akhir pertama tanpa kelibat Brazil, Itali, Jerman atau Argentina.
-Belanda dan Sepanyol ialah satu-satunya pasukan yang memenangi ke semua perlawanan peringkat kelayakan zon Eropah, dengan Belanda juga memenangi kesemua perlawanan dalam pusingan akhir ini sehingga ke pelawanan akhir sebelum ditewaskan oleh Sepanyol.

REKOD JARINGAN DAN DISIPLIN


-Pemain sayap Afrika Selatan Siphiwe Tshabalala ialah penjaring gol pertama dalam kejohanan ini, ketika bertemu Mexico yang berkesudahan seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan.
-Pemain pertahanan Denmark Daniel Agger telah menjaringkan gol sendiri pertama dalam kejohanan ini, ketika pasukannya tewas 0-2 kepada Belanda.
-Penyerang Argentina Gonzalo Higuain ialah pemain pertama menjaringkan hatrik dalam kejohanan ini, ketika Argentina menewaskan Korea Selatan 4-1. Ia adalah hatrik Piala Dunia yang ke-49 dalam sejarah pertandingan.
-Penjaring terbanyak kejohanan disandang oleh Patrick Mueller dari Jerman walaupun jumlah jaringan yang sama dengan David Villa dari Sepanyol, Wesley Sneijder dari Belanda dan Diego Forlan dari Uruguay, setelah jumlah 'assist' diambil kira.

-Dua puluh tujuh pemain telah digantung setakat ini selepas ditunjukkan dua kad kuning berturut-turut (dua belas pemain), dilayangkan terus kad merah (lapan pemain), atau dilayangkan satu kad kuning diikuti kad merah (tujuh pemain).

No comments:

Post a Comment